MARY JARDIN DETOX CLAY MASK


Mary Jardin Detox Clay Mask dirumuskan dari khazanah alam semulajadi untuk menyahtosik dan membersihkan kulit.

Pengelupasan yang ringan akan menyingkirkan sel-sel kulit mati.

Ini akan menggalakkan pembaharuan dan pembaikan sel.

Selain itu, ianya kaya dengan vitamin dan nutrien. Sangat bermanfaat untuk kulit bermasalah dan lesu yang memerlukan belaian, rangsangan vitamin dan penghidratan.

Ianya juga memberikan perlindungan untuk kulit anda melalui 3 tindakan hebat:

1. Pembersihan liang pori secara mendalam dan pengelupasan yang lembut

2. Pembaharuan dan pembaikan kulit.

3. Melembapkan dan mengurangkan kerengsaan & sensitivit kulit.


Masker ini menyerap semua kotoran di kulit dan mengekalkan kelembapan wajah, menjadikan kulit anda kembali muda remaja!

Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit and lebih licin, lebih cerah dan lebih bersih.



KANDUNGAN BAHAN




ACTIVATED CHARCOAL
Mencuci pori, buang blackhead/whitehead


PAPAYA EXTRACT
Membuang kulit kusam/sel kulit mati ... Kulit akan cerah semulajadi dan tona lebih sekata. Chemical exfoliation, enzim terdapat dalam ekstrak betik memperbaharui sel kulit dengan cara pengelupasan yang sangat halus.



OAT
Bertindak sebagai lulur/scrub Melembutkan kulit



ZINC OXIDE
Merawat jerawat dan inflammation.


FRENCH GREEN CLAY / SEA CLAY
Bio-mineral yang mempunyai kuasa serapan yang tinggi. Mempunyai caj ion yang bertindak seperti magnet. Apabila disapu d permukaan kulit, FGC akan melekat kepada molekul toksin dan mengeluarkan toksin semasa cucian.



CARA PENGGUNAAN

Ambil satu sudu teh(sudu plastic) serbuk claymask
  1. Campurkan serbuk claymask dengan apa-apa bahan cecair lain seperti air kosong, madu, susu dan sebagainya.
  2. Tampalkan pada wajah, elakkan terkena kawasan sekitar mata dan mulut
  3. Cuci muka dengan air suam selepas 15 hingga 20 minit sebelum ianya kering sepenuhnya
  4. Gunakan hanya sekali dalam tempoh seminggu



Tip #1

Anda boleh menambah cecair berikut (secara berasingan atau campuran): air mineral semulajadi atau air yang ditapis, sebarang infusi herba (contohnya teh herba), susu, perahan jus limau segar, yogurt



Tip #2
cecair hangat membuatkan masker lebih berkesan dan meningkatkan kuasa menyerap kulit.


Tip #3

Adalah perkara normal jika wajah anda terdapat sedikit tanda kemerahan selepas masker dibuang disebabkan aliran darah yang meningkat. Ianya akan hilang dalam masa 30 minit.




7 comments:

  1. Kalau nak guna clay shj bole kan? Bole cerah kn kulit n buang black n whitehead kn

    ReplyDelete
  2. Sis, sy nk tny klu kita ada buat mask tu lebih, blh simpan ke? Lg satu, mask ni hanya blh apply kat muka je ke ? Sorry sis byk tny :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syida tak galakkan untuk disimpan sebab bentuk liquid ni mudah terdedah kepada bakteria. Boleh apply kat bahagian lain badan tapi biasanya tempat dimana kulit banyak terdedah. :)

      Delete
  3. Salam sis kalau sy bancuh clay mask guna sudu besi takpe ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sis Cat Lovers. Kena guna sudu plastik dan bekas/mangkuk plastik bila nak bancuh. sebab bentonite clay tu dia akan hasilkan cas bila keadaan liquid. jadi kita tak mahu dia react dengan bahan besi. :)

      Delete
  4. salam sis, clay mask ni jenis peel-off atau terus cuci?

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Komen.. :)